It's a beautiful day.
Mutiara Kata - 01
posted by Zakiah Akma January 28, 2013 0 comments
Assalamualaikum !
Entry kali ni nak bagi sikit ceramah untuk korang .
Hehehe ... 





Di sini ... aku nak bagi sikit MUTIARA KATA untuk korang semua ... bacalah . Mungkin boleh membantu hidup korang ...




Sahabat yang sejati adalah mereka yang sanggup berada disisi kita ketika kita memerlukan sokongan mereka walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan .

Hati yang terluka umpama besi yang bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya .

Waktu kita lahir , kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum . Jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal , kita tersenyum dan orang disekeliling menangis .

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti mana kita mencintai dia .

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita pasti akan menemui cinta yang jauh lebih indah .

Tiada sesiapa yang paling pandai dan bodoh didunia ini kerana setiap yang pandai boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai .

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada tidur dengan banyak hutang .

Jagalah dirimu baik-baik , usahakanlah kemuliaanya kerana engkau dipandang manusia bukan kerana RUPA tetapi kesempurnaan BUDI dan ADAB - Nabi S.A.W




Dah bacakan ?
Faham tak ? 



design by Wanaseoby