First love make me going crazy !
posted by Zakiah Akma February 12, 2013 0 comments


"AH ! ~~~~~~~~~~~"


Itu suara hati saya . Jeongmal !  Adakah cinta pertama itu menyakitkan ? Adakah cinta pertama itu akan kekal di hati ? Please .. komen dekat CBox . Siapa pakar cinta yang sedang membaca post saya ni ? Saya perlukan doktor cinta untuk merawat cinta saya ni . Ia tak merebak sangat tapi , saya tetap tak boleh nak lupakan dia . Adakah dia juga berperasaan yang sama seperti saya ? Adakah dia juga suka saya ?

Saya nak bagitahu nama dia tapi .. kalau-kalau dia baca post ni . Abis lah . Don't worry about me . I will take care of myself . Ada orang kata cinta pertama memang menyakitkan dan tak boleh dilupakan . Ada orang kata cinta pertama ni tak semestinya jujur . ( Sorry for the couples = ='' )

Saya memang tak boleh nak mempercayai cinta . Orang tengok sekadar dari rupa atau dari hati ? Ha ? Tell me ! *Berlagak berilmu sangat*
Saya bukan nak berlagak , tapi just nak share cerita cinta saya dengan korang semua . Akak-akak , abang-abang , adik-adik atau uncle , untie semua yang membaca .. terima kasih . Saya memang tak ada tempat nak diluahkan rasa cinta ni . Hanya blog ni je . Saya malas hendak bercerita pada keluarga dan kawan-kawan . Saya rasa Naimi pasti akan tahu jugak lepas baca post ni . Dia dengan saya aje yang ada blog . Yang lain malas nak wat .

Saya rasa macam dia mempermainkan hati dan perasaan saya . *Dah banyak post saya buat tentang first love saya*
Saya tak boleh nak tahan . Sejak tu , saya rasa .. "Takkan semua lelaki , .. sama ??"
Betul ke , wahai kaum Adam ?
Tapi , saya rasa tak sesetengah yang macam dia tu .

First time , saya jumpa dia masa saya kecik lagi . Darjah 5 . Dia darjah 6 . Kelas pertama . Saya kelas ke empat . Masa tu , dia dan kawan dia nak pergi ke kantin nak beli makanan . Dalam perjalanan dia nak pergi ke kantin tu lah saya nampak dia . Dia tinggi dan comel masa tu ! ^^
Ada suatu hari ni , saya dengan geng-geng saya lepak kat tempat perhimpunan . Masa tu jugak , saya ternampak dia dengan geng dia jugak . Then , bila saya nak ke depan je , kawan saya tolak saya dan nasib baik lah saya tak terjatuh . Tapi , bila saya bukak mata ... Badan DIA di depan mata saya !! Saya berdebar-debar dengan hebat masa tu . Tapi , saya raba-raba nak cari apa yang patut saya pegang . Dan , saya dapat bahu kawan saya , Liyana . Saya terus tarik badan saya dengan kuat supaya tak terjatuh .
Dan , bila dia dah pergi , kawan saya yang tolak saya tu dia marah saya dengan tiba-tiba .

"Kau ni , Zack ! Dia dah buat tangan macam ni dah ! *Hulurkan dua-dua tangan . Macam nak angkat orang*
Aku pun rasa macam menyesal . Ehehe . *Gatal jugak kau ni !*

Saya pasti akan ingat peristiwa yang amat bermakna dalam hidup saya . Sekarang , saya dah masuk form2 . Dan saya still ingat lagi peristiwa yang memalukan macam tu .
Masa saya form1 , ketika perhimpunan hari Isnin , cikgu semua ada buat pengumuman kat dataran . Selepas tu , saya ternampak kawan dia pergi kat dia dan tiba-tiba , kawan dia tu nak bukak baju dia depan semua orang . Saya pun tergelak tengok gelagat diorang berdua .
Bukan saya je yang gelak , Liyana dan budak yang tengok semua gelak . Dan , masa tu , saya banyak kali bertentang mata dengan dia . Dia tergelak kemudian pandang-pandang saya . Saya pandang dia macam patung tapi tersenyum .
Selepas tu ,bila dah masuk bulan pertengahan , .. saya dah tak dapat tengok senyumannya lagi . Kerana , dia dah ada  girlfriend !! ><
Bulan dan bulan seterusnya , dia masih tak tunjukkan senyuman pada saya lagi . Agaknya dia kenal tak siapa saya ? Kawan-kawan ?? o_o

Masa bulan awal-awal di sekolah ( Jan dan Feb ) time form 1 , dia ada tabiaaat yang pelik ! Dia kadang-kadang suka masuk tandas . Seorang pulak tu ! Dia masuk , dan beberapa saat macam tu keluar !?
Pelik ke ??

Ada lah ... satu hari ni . Tak silap hari khamis dan masa tu kelas seni . Saya dan budak-budak sekelas saya turun ke bawah sebab cikgu suruh melukis . Amik daun dan lukis .
Bila dah siap semua , cikgu kelas saya cat rama-rama yang dihias dekat dinding bangunan . Sementara tu  , saya duduk dan tak buat apa-apa . Dengan secara mengejut , kawan saya Dini , suruh saya pandang ke arah tangga itu . Dan saya ternampak DIA ! Dia asyik merenung ke arah saya . Tak senyum dan tak ada perasaan . Saya pelik . Kenapa .. dia still pandang saya ketika dia dah abis pergi tandas ?
Dia naik tangga dan asyik pandang ke arah saya dan kawan saya . Kawan-kawan sekelas saya yang lain pun mula tengok gelagat saya . Malunya ! Dan , saya terus amik buku saya ditangan dan terus tutup muka saya .

Saya rasa dia memang rancang macam tu la . *yeke* I'm still ~~~~ confuse about him .
Dia pelik .

Okeyy . Dah tahu kisah cinta pertama saya dengan terang-terang ? Sorry sebab panjangggggg sangat ! Mianei !!
Okey . Saya nak akhiri post yang terakhir untuk malam ni . GudNight ! ^^







design by Wanaseoby. edit by Zakiah Akma.