Jangan Ber-putus asa !
posted by Zakiah Akma February 10, 2013 0 comments


  "Saya hanya seorang tetapi saya tetap orang . Saya tidak mampu melakukan segala sesuatu tetapi saya mampu melakukan sesuatu . Walaupun saya tidak mampu melakukan segala perkara , itu tidak menghalang saya daripada melakukan sesetengah perkara yang saya mampu" - Helen Keller ..


Kalimat di atas dikeluarkan oleh Hellen Keller yang tergolong dalam kelompok insan kurang upaya . Hebat bukan ?

Pada masa yang sama , kita sering berjumpa muslimah yang sempurna segala sifat tetapi mudah mengalah .
Baginya semua perkara tidak dapat dilakukan . Sedangkan pada pandangan kawan-kawannya , semua perkara yang dikira mustahil itu mampu dilakukannya .

Sebenarnya hendak seribu daya , tidak mahu seribu dalih . Kehendaklah yang menentukan sama ada tugasan itu mampu dilakukan ataupun tidak . Buang segala tanggapan kita tidak mampu melakukan perkara yang perlu dilakukan . Ini kerana kehendak yang berkobar-kobar sekalipun pasti tenggelam apabila kita mudah berputus asa .


Usah menolak dan mengatakan TIDAK kecuali apabila kita disuruh melakukan perkara yang salah ataupun membahayakan nyawa kita seperti berikut :

  • Terbang ke bulan daripada jendela rumah . ( Memang tak logik )
  • Lompat dari tingkat tiga bangunan . ( Boleh mati )
  • Merompak bank . ( Masuk penjara )
  • Hal-hal yang membahayakan .                                              

Para muslimah perlu memenuhi amanah bagi memastikan imej islam kekal baik . Adakah imej islam kekal terpelihara apabila kita mudah berputus asa ? Sebaliknya , kita perlu menjadi individu yang berani menangani cabaran . Walau bagaimanapun , sudah tentu akal menjadi memainkan peranan .


                                   Kehendak yang menentukan sama ada tugasan itu mampu dilakukan
                                                         atau tidak . 



Sudah tentu dunia bertambah sejuk apabila muslimah yang solehah dan kemas ternyata boleh diharapkan .
Banyak manfaat dapat diperoleh asalkan sahaja kita berani mencuba . Paling tidak kita mendapat pengalaman baru meskipun hasil yang diharapkan tidak kunjung tiba . Itu sudah cukup bagus daripada tidak mencuba langsung .



PETUA :
  • Kembangkan fikiran positif iaitu , "Saya MAMPU !"
  • Bergaullah dengan mereka yang berfikiran positif dan sentiasa mahu memperbaiki diri sendiri .
  • Bagi menambah motivasi , baca buku mengenai cara-cara insan yang hebat mencapai kejayaan .
  • Jadikan ayah , ibu dan adik beradik kita sebagai sumber motivasi . Suatu yang cukup baik apabila kita berusaha membahagiakan kedua ibubapa kita . 
  • Latihan membuatkan kesempurnaan dapat dicapai . Sebenarnya orang yang berani mencuba secara automatik melatih dirinya melakukan banyak perkara .





design by Wanaseoby. edit by Zakiah Akma.