Gastrik Boleh Puasa
posted by Zakiah Akma June 29, 2014 1 comments




Assalamualaikum and Annyeonghaseyo ! Hari ni bermulanya puasa kan ? hehe . Zie nak bagi info sihat pada semua pembaca :) Zie ambik tips ni dari majalah Dara.com .


Apa itu GASTRIK ?

- Gastrik sering dijadikan alasan segelintir individu untuk tidak berpuasa? Gastrik antara masalah yg biasa ketika bulan Ramadan. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis bermaksud keradangan lapisan mukosa yg melapik dinding perut. Kedua adalah ulser perut atau peptik pada lapisan sel yg lebih dalam dan lebih teruk berbanding gastritis. Menurut kajian , kira-2 80% ulser gastrik berpunca daripada bakteria Helicobacter Pylori.

-Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Peubatan Tropicana , Dr Kwan Keat Leong pernah berkata, individu yg ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana. Berikut dinyatakan beberapa tips untuk mencegah gastrik ketika bulan puasa.


TIP CEGAH GASTRIK DALAM BULAN PUASA ;


  • 1 ; Berbuka secara ringan
- Kadangkala , sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik , tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak terkejut. Sebaik-baiknya , berbuka dengan makanan yg ringan seperti kurma , air kosong , buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib , kemudian bolehlah mengambil makanan yg lebih berat :)

  • 2 ; Tidak berbuka dengan makanan terlalu berat 
- Apabila waktu berbuka, ramai yg memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yg boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yg berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula .

  • 3 ; Makan makanan yg mengandungi sulfur
- Hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi , seharusnya tidak timbul masalah sakit perut atau senak akibat keasidan perut yg tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yg mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih .

  • 4 ; Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
- Elakkan minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau Nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yg merupakan perangsang saraf yg menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun , ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka :)

  • 5 ; Elak makanan tinggi lemak
- Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai yg mengadu sakit selepas berbuka. Seelok-eloknya , ambillah lauk atau juadah berbuka puasa yg rendah lemak.

  • 6 ; 
- Tukar ubat jika ubat gastrik yg diambil sekarang tidak berkesan. Semasa bersahur, ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia untuk menerima makanan.

  • 7 ; Makan secara sederhana
- Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenati makan sebelum kenyang.

Sebagai satu usaha, anda boleh mengambil makanan tambahan seperti berikut bagi membantu masalah gastrik :

  • B-Complex
  • Ostematrix
  • Vitalea
  • Energizing Soy Protein (ESP)

Mari kita berikan yg terbaik buat diri kita agar gastrik bukan lagi satu masalah untuk kita menjalankan rukun Islam yg ketiga ini . In Shaa Allah :)




Labels:

design by Wanaseoby. edit by Zakiah Akma.