It's a beautiful day.
Tips ; Kenapa kita perlu Senyum ?
posted by Zakiah Akma June 11, 2014 2 comments

 
 Assalamualaikum and 안녕하세요 
 
 
 
 



"Kadang-2 mereka lebih suka menanti senyuman daripada kita berbanding mereka yang memulakannya. Senyuman daripada kita adalah sesuatu anugerah yang terindah bagi mereka. Hal ini demikian , kerana senyuman yang ikhlas daripada kita itu akan memberikan kebahagiaan kepada mereka. Senyuman yang jujur daripada kita itu akan merubat segala kelukaan yang sedang melanda mereka."
 
 
 
 
Kalau kita tak senyum pun , jadi satu masalah jugak ! haih~ Zie pernah la jugak rasa . Bila Zie tak pandang diorang dengan senyuman , dia pandang je Zie macam nak telan Zie ni time tu jugak. Ade satu masa tuh , kat tuisyen skola . Zie tengok je la kawan lama Zie ni. /dah berabad tak tegor/ Dia pun tgk Zie jugak. Kitaorang berpandangan dalam beberapa saat ... Zie pun pelik la , jd Zie senyum aje la kat dia . Zie ingat dia nak senyum dulu . hoho. 



Tapikan , kalau kawan kita tgh sedih , janganlah pulak kita dok tersenyum-senyum. Karang tak pasal-2 kena lempang setepek dekat muka. /merah terusss/ Kita senyum ni ikut keadaan la yek ? Jangan time cikgu tgh marah korang duk senyum . Dalam tandas , lpas buang kazanah-2 tu.... dok tersengih-2 time cuci tangan. /over giler tu/ haha. Jap ! Zie nak bagi jenis-2 senyuman yang korang perlu tahu ... klau dah tahu tuh ... bace je la ~
 
 


- 1 Senyuman sinis/ego
= Senyuman ni jangan diikut-ikut.... karang tak pasal-2 dapat pelempang. Ni klau time kita nak cabar seseorang etc mesti keluar senyuman ni kan ? /ngaku cepat!/ haha.

- 2 Senyuman ketabahan
= Seseorang yang sedang menghadapi masalah dengan menunjukkan ketabahannya melalui senyuman. Dia akan ukir senyuman tu walaupun dalam hati dia sedang menangis. /esk esk/

- 3 Senyuman Tegar
= Senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya walaupun dia sedang mengalami masalah. Dia mempunyai kekuatanX3 dalam menghadapi setiap masalah. /Zie kategori ni kot?/

- 4 Senyuman tulus/ikhlas/jujur
= Datangnya dari hati untuk membahagiakan , menghormati dan memuliakan seseorang :)


Senyuman juga mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, penampilan dan juga sosial.
Menurut kajian saintis, senyum dan ketawa adalah salah satu senaman berbentuk joging dalaman di mana ianya dapat merangsang seluruh tubuh dan memberi manfaat kepada sistem saraf. Selain itu, kajian juga menunjukkan, seseorangg yang tersenyum dan ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam akan mendapat manfaat kardiovaskular seperti bersenam selama 10 minit. Ini adalah kerana semasa ketawa dan tersenyum, kadar tekanan darah dan dengupan jantung akan meningkat.

 

Jadi , kenapa kita perlu senyum ? 



- 1 Dapat mengurangkan stress

= Ah ~ Memang berkesan sangat ! Kalau tengah marah tuh , cepat-2 tarik nafas dan hembus and ... senyum !!

- 2 Dapat meningkatkan sistem imun
= Menurut kajian , senyuman boleh menghilangkan batuk dan selsema. /in shaa allah boleh/

- 3 Menurunkan tekanan darah
= Kalau kita senyum , tekanan darah akan rendah. /Zie kena tekanan darah rendah sebab terlebih senyum keee ??/

- 4 Awet muda
= Kalau senyum je, otot-2 muka turut bergerak.

- 5 Wajah berseri-seri
= Tak payah pakai produk pun takpe kan ? hoho.

- 6 Kelihatan berkeyakinan
= Keyakinan diri kita lebih terserlah dengan tersenyum. Klau muka ketat, diri tu kurang keyakinan diri.

-7 Berfikiran positif
= Kalau senyum , tubuh akan beri isyarat bahawa Hidup Lebih Baik.

- 8 Menarik
= Boleh menarik perhatian orang jugak ni ... /hoho/

- 9 Sedekah
= Bersedekah la selalu ye ~

- 10 Tak sombong
= Kalau kita senyum , mesti orang ingat kita ni tak sombong . So , senyum la pada diorang. /orang yang tertentu je la/







 

Labels:

design by Wanaseoby