It's a beautiful day.
Mini-family day at PD !
posted by Zakiah Akma April 03, 2017 0 comments
Assalamualaikum and 안녕하세요

Actually, mini-family day keluarga aku ni dah lama dah lepas. 28 & 29 januari haritu. tak semua family pergi PD. keluarga pak ngah (pak ngah aku ada 5 anak and semua dah kahwin. cucu pun ramai. kira keluarga besarlah) tak pergi. so, yang pergi keluarga aku, mak long, mak jah, mak enon dengan mak ucu aje yang pergi PD. keluarga aku ni besar wehh ;) dalam 30 lebih lah jugak yang pergi. cucu-cucu pun dikira jugak tu dalam kalangan 30+ orang. sebelum pergi, kitorang rancang setiap orang bawak makanan atau peralatan sendiri. kalau tak bawak tak apa tapi yang susahnya kau jugaklah. and keluarga aku bawak dua kotak mineral, plastik sampah, toto dengan periuk elektrik. yang lain ada lah bawak sudu, garpu, minyak masak etc. nak senaraikan sampai esok tak siap.

28 januari 2017

keluarga aku sampai dulu dekat telok aku lupa namanya. Tapi serius boleh tahan ramai orang dekat situ. first destination aku lepas dah sampai sana mestilah ke ladies! XD aku sekarang dah takleh tangguh nak buang air kecik. takut batu karang. aku skiplah ek part ni. lepas semua dah sampai, kitorang ada yang berbual-bual sambil makan. aku rasa bosan sebab aku ni pendiamlah juga dalam kalangan family aku. bila ditanya, aku cuba jawab panjang-panjang HAHAHAHAHA. nak elakkan kekok sebenarnya tu. time aku tengah bosan tu, tetiba aku tengok dari ekor mata yang adik sepupu aku, Ikhwan dengan adik aku nak gi dekat air tu. aku dalam hati "nak ikut diorang tapi takpelah." lepastu, Ikhwan datang dekat aku, "zakiah tak nak ikut sekali ke? jomlah." memang kitorang dah biasa panggil nama masing-masing. tak biasa kalau orang panggil aku kakak kecuali adik aku dan mak aku. ayah aku panggil nama aku okey. bila dia tanya camtu, aku pun apa lagi, tersenyum sampai ke pipi aku dah tak kisah orang sekeliling pikir ape and join diorang. naufal, anak kak Ima kak Ima cousin aku yang paling tua join kitorang jugak. dia siap tangkap ketam lagi. siput dalam cengkerang pun diambilnya XD dia kekadang banyak kali takutkan aku. aku dan Ikhwan pun ada cakap-cakap jugak tapi pasal kpop je HAHAHAH sebab kitorang sama-sama minat tu jadi memang cakap pasal tu jelah. 



kitorang pergi jauh lagi ke dalam sebab air dia cetek gila bila dah tengah hari. bila balik dekat khemah, mak-mak ajak makan kekekeke jadi makanlah kita! makanan semua fuhh! pedas-pedas! family aku semua kuat makan pedas. orang johor + perak fuhhh! HAAHAHA. lepas habis makan, aku makan buah pulak. time tengah makan tu, boleh pulak abang sepupu aku, abang Aiman panggil mak dia. pastu abang dia yang sulung, abang Shahrul pun join gak. yang second pun join, abang Shahril. HAHAHAHAH SERIUS LAWAK AKU CAKAP. diorang macam buat konsert opera pulak panggil mak diorang. sekali dengar macamtulah. banyak kali dengar macam KATAK PANGGIL HUJAN TURUN KAU TAU XD semua gelak berdekah-dekah. mak diorang pun gelak sampai merah muka. aku gelak takleh nak kontrol. aku tengok-tengok khemah sebelah, diorang usha je HAHAHAHHAHHAHAHA. kalau korang dekat tempat aku, aku rasa korang mesti rasa benda yang sama. serius talk ni! XD 



dah makan apa semua, kitorang decide nak balik homestay! memang keletihanlah walaupun tak mandi-manda sangat. muka belang juga kau tau. pakcik aku siap tangkap gambar kereta kitorang lagi time tengah tunggu yang lain dekat tepi jalan raya. pakcik aku gi dekat seberang jalan sanalah. gila ke apa nak berdiri tengah jalan HAHA. aku kira dalam 8 atau 9 kereta berderet HAHAHAHA kereta family aku semualah kereta siapa lagi XD tu yang bila balik kampung nanti konfem tak cukup tempat parking. family aku ni ramai tau! sebenarnya kira untung kalau siapa dapat masuk keluarga aku ni. hehehee kene interview dengan makcik-makcik aku nanti XD


homestay dia boleh tahan besar wehhh serius! bangalow lah kiranya rumah tu. dua tingkat. ofkos lah aku share bilik yang ber-aircond. MUAHAHAHAH. aku tak tahan sejuk tapi bila tidur tempat sejuk, konfem lah semua terlena en? hehee. petang tu, memang tak jadi mandi-manda sebab semua penatkan. aku siap tukar baju dah nak get ready nak mandi pantai T^T huhuhhh... jadi, petang tu aku yang anak dara ni kena tolong dekat dapur. aku masak nugget je hehehe. dekat belakang rumah tu ada ruang, aku masak dekat situ guna periuk elektrik yang mak aku bawak. dekat situ jugak diorang nak panggang ayam dengan ikan. OH MY GOODNESS ! aku excited wehh. tapi en, time cousin lelaki beberapa jelah nak hidupkan api dia fuhhh punyalah lama. memang mengugat kesabaran. lepas masak nugget, aku mandi. lepas mandi, aku tengok balik dekat belakang, diorang still berkipas-kipas. tapi diorang masak sikit-sikit dulu lah. dua tiga ekor camtu. 



AND PALING BEST IALAH LEPAS MAKAN MALAM! aku tak sangka ada cabutan bertuah. aku pun pilih lah number dalam kotak yang kak Ima hulurkan dekat aku. aku dapat dalam 30 something lah. kak Nana pun cabut jugak sebab dia akan panggil nombor yang telah dia cabut tadi. adik aku dapat, mak aku pun dapat. ramailah yang dapat. macam aku seorang je yang tak dapat lagi. last-last, memang SEMUA ORANG DAPAT PUN HADIAH TU XD HAHAHAHHAHA okey aku rasa nak gelak je kuat-kuat tapi karang..... ehem. aku duduk pun dekat tempat terpinggir. dekat tangga. gelap pulak tu. macam penunggu dah. 


malam tu jugak aku bukak hadiah aku. tak sabar betul aku ni. hehee. aku dapat hadiah botol air watak kartun jepun. ape ntah namanya tapi memang cute! disebabkan aku dah habis sekolah, takleh lah nak pakai botol tu T^T eh! dekat U/kolej kan boleh~ heheeeeee


malam tu, memang berduka lara aku sebelum nak tidur. terlup-- bukan terlupa pun nak bawak tapi sengaja tinggal sebab kereta penuh dengan barang! adik aku dengan ayah kata tak payah bawak toto tu. so memang tak bawak! aku dalam tandas pun mak aku marah-marah aku. aku buat muka dek je. cousin aku dengan mak cik-mak cik aku semua macam nak tenangkan mak aku. mak cik aku cakap, "zakiah tidur dalam bilik dengan mak jah je." mak jah tu mak kepada abang Aiman. aku senyum je tanpa angguk atau geleng. aku tak tau. aku rasa macam nak campak diri aku ni jauh-jauh dari situ. lepas happy-happy, sedih pula aku ni. 


aku rasa nak marah je adik aku tapi aku tahan. dekat ruang tamu ada cousin aku yang lain. karang aku marah, terbeliak mata diorang tengok. seumur hidup diorang tak tengok lagi aku marah macam mana. diorang ingat aku ni jenis yang sabar gila. salah. semua itu salah. 


bila tidur, aku dengan mak aku tidur bilik lain sebab bilik yang kitorang pilih nak share tu ada satu katil kecik je yang cukup untuk seorang. mak cik aku merangkap kepada kakak mak aku suruh aku dengan mak aku tidur dekat katil dia. saiz queen dekat bilik sebelah. 
jadi, aku dengan mak aku pun tidurlah situ. dengan humairah anak kepada kak Ida, adik kepada kak Ima. 


oh lupa nak cerita. malam tu, lepas makan malam, sambut birthday mak aku dengan anak abang Shahrul. yesss abang Shahrul dengan abang Shahril dah kahwin. ramai cousin aku dah kahwin. tinggal 8 je yang belum termasuk akulah. hoho. tapi aku tak available. sorry :)
time masak nugget tu, abang Aiman kacau aku HAHAHAA. pape jelah. dia just kacau biasa je. ada tu dia saja panggil mak dia "mak~ tengok zakiah ni!" lepas dia cakap camtu je, aku ke depan setapak sambil pegang sudip tangan. aku tak pasti muka aku camne tapi aku rasa muka macam nak marah + poker kot. HAHAHHAHAHAHAHHA. dia tengok aku lepastu dia surrender sambil cakap, "okey, okey." dengan muka cam takut-takut. SERIUS LAWAK WEHHHH XD aku pun rasa macam ape ntah lepas tu bila dia dah blah dari situ, aku tersenyum + tergelak sensorang XD teringat dulu-dulu, aku memang suka main dengan dia dengan lagi seorang, abang Ajim. aku beza umur dengan abang Aiman 3 tahun tak silap.


 

 ni waktu dekat telok tu (klik gambar untuk tumbesaran)
aku pakai baju hitam tu :)




i'm the only girl in this photo. waktu aku kecik-kecik dulu, aku suka main dengan cousin lelaki berbanding perempuan. main basikal lumba-lumbalah, naik motor pusing kampung lah. main api, main kabait sampai api marak gila XD yang buat peace tu abang Aiman. yang seluar ada line biru tu Ikhwan. yang tengah duduk tu abang Ajim. yang kecik tu Naufal. belakang Naufal adik aku. yang pakai kopiah tu abang Irfan, anak kepada kakak mak aku. Ikhwan adik dia. (klik gambar untuk tumbesaran)



waktu lepas makan malam. sambut birthday zayyan and mak aku. aku duduk belakang camera okey. hilang dari radar~ (klik gambar untuk tumbesaran)



29 januari 2017


harini dah boleh gi mandi! lepas sarapan, mak enon, kakak mak aku balik sebab ada kenduri. jadi aku tak ada kawan berbual pasal kpop T^T semalam kitorang memang rancak bertukar-tukar lagu kpop. guna bluetooth la apa lagi. masa sarapan ada kisah lawak. anak abang Shahrul, yang paling kecik, Zayyad tetibe buat muka. muka meneran HAHAHAHAHAHA. aku tengok jelah en. sebab masa dia buat muka tu, aku tak nampak jadi aku pun tunggulah bila dia nak meneran. HAHHAHA okey tahpape je aku ni XD SERIUS LAWAK LAH! mak jah gelak sampai merah muka. mak aku pun gelak. ramai lah gelak tapi yang siapa duduk dekat-dekat situ jelah gelak. aku gelak sampai berair mata. muka innocent + comel + meneran = CUTE X1000000 !! XD HAHAHAHAHAA. 
sebelum sarapan, aku goreng nugget lagii XD pastuh tetibe abang Aiman datang dari belakang. rumah tu kalau kita lalu dekat tepi-tepi tembus belakang. kalini, dia dukung anak abang Shahril. takutlah tu kalau sensorang XD jahatnya aku. macamlah aku berani nak pukul anak orang. eh aku berani kalau dia carik pasal dengan aku. dia mintak satu nugget. aku ingat dia nak aku bagi, lepastu dia hulurkan tangan nak ambik satu nugget dekat tepi aku. aku ke belakang lah. dia ambik yang daging ke ayam nugget entah lepastu share dengan faliqh. 


LEPASTU KE PANTAI!!!! 



aku siap bawak tali skipping. abang Shahrul tegur aku, "aik? bawak tali skipping jugak ke?" aku angguk. semua orang pandang aku kau tau. aku jadi gelabah kalau orang pandang aku. lepastu mak enon macam back-up aku (?) entahlah. "biarlah sambil mandi boleh exercise." aah. aku angguk lagi tapi dalam imaginasi je. ehek! 


time nak ke pantai, kitorang kena berjalan sikit. tak adalah jauh sangat. tetiba dari jauh tupperware yang mak ucu adik mak aku pegang jatuh! buah-buah yang ada dalam tu pun berterabur HAHAAHAHA. kitorang gelak je weh. nak angkat dah kotor pulak. lepas tu, jalan lagi. jatuh lagi! XD HAHAHAAHAHAHHAA. aku rasa tisu kot. tisu tu berguling-guling jatuh sampai dah nak habis gulungan dia HAHHA okey jahat betul aku. mak ucu aku pun gelak sebab semua benda yang dia pegang jatuh ^.^" last-last kak Noni pegang. 



(klik untuk tumbesaran)


sebelum masuk dalam air, aku main tali skipping dulu. mak aku dengan abang Aiman tengok aku main sampai aku hampir ke tempat orang lepak XD aku suka main tali skipping sebab lompat-lompat! bila aku tengok belakang, mama degan abang Aiman tengok aku macam in awe ~ hahaha. kalau tak paham maksud tu, google lah. muka diorang macam terpana. ha lebih kurang camtulah.
bila masuk air tu, fuhhh memang sejuk lah sebab pepagi dah pergi mandi. adik aku, abang Ajim dengan abang Aiman dah gi jauh ke dalam. dahlah ada boat mana entah lalu. dia punya kipas belakang boat tu dahlah besar. kalau dia buat silap, tak ke naya. dia tak perasan ada orang dekat-dekat situ ke apa? lepas tu , dia turunkan orang-orang cina yang nak mandi dekat situ. 


aku skip lah ek part yang tak penting



waktu semua dah bersiap nak balik, aku, mak aku dengan mak cik aku ada dekat dapur, berbual. aku masa tu termenung je panjang. agaknya dah sampai jupiter kot. HAHA. sebab apa yang diorang bualkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je. lepastu dari jauh aku tengok abang Aiman datang nak masuk dapur. kebetulan kerusi sebelah aku kosong, abang Aiman duduk situ. aku main-main dengan tangan aku. kalau boleh aku nak tengok phone tapi nanti kalau ada orang tanya aku tetibe aku tak fokus. bila aku sentuh je phone, memang aku dalam dunia sendiri. bila senyap sikit, abang Aiman, "mak, tengok zakiah ni." mak cik aku tu mak jah. mak dialah. lepastu, aku tengok reaksi mak jah, kak jaja lama jugalah kak jaja ada dekat situ dengan mama terakhir sekali dia. aku buat muka. kali ni ada perbezaan berbanding time aku tengah goreng nugget. yang aku ingat kening aku bergerak-gerak HAHAAHAHA. aku hampir nak tercakap, "memang mak jah dah lama tengok zakiah." EI KALAU BOLEH AKU NAK JE CAKAP TAPI TAK TERLUAH T^T 


sunyi kejap tau lepas tu XD and then, kak jaja cakap, "zakiah dengan aiman ni sebaya ke?" aku geleng sikit. DAH TENTU LAH TAK JHAHAHAHHAHA. abang Aiman jawab, "kalau camtu, Aiman baru lepas habis spm." aku tergelak. lawak oh cara abang Aiman cakap. HAHAHA not sarcastic ya. 


semua dah habis berbual, kitorang pergi depan. dalam berapa minit tu, aku tengoklah tv. dia pasal haiwan. alah channel national geography tu. aku minat lah jugak sebab dekat sekolah belajar geo tapi bukan pasal haiwanlah. time tengok tu, nausyad adik naufal genggam tudung aku dari belakang. macam nak tarik je en aku peluk lah dia. time ni memang semua ada lah dekat ruang tamu tu. aku rasa semua orang pandang aku tapi perasaan aku je. 
so~ dua hari tu memang masih segar dalam ingatan aku. memang mini-family day yang terbaik! tak pernah-pernah buat mini-family day. tahun ni memang keluarga aku kerap jenguk keluarga lain. aku pun dah boleh cakap sikit-sikit dengan family. dulu, aku macam orang simpan besi dalam mulut. bak kata makcik-makcik aku lah. ahahah SEKALI DENGAN KAWAN-KAWAN AMEK KAU. macam burung murai gayanya. 



lepas dah balik tu, keluarga aku singgah rumah abang Shahrul sekali dengan mak jah, cik kem dengan abang Aiman. memang sampai malam dekat sana XD siap makan mekdi kau! oh family kak Ima pun ada sekali ;) sambil makan tu, kitorang tengok movie ape ntah memang bestlah. dia pasal pompuan gemuk ni jadi spy lepas kawan dia kena tangkap dengan orang jahat. dia sebenarnya uruskan pasal security camera semua tu macam pandai gila IT lah. last-last kawan dia yang lelaki tu betrayed dia. ada part lawak tu aku makan hampir tersembur. HAHAHAA. 


Labels:

design by Wanaseoby