It's a beautiful day.
orientation week done!
posted by Zakiah Akma June 02, 2017 0 comments
Assalamualaikum and 안녕하세요!

aku nak ceritakan apa yang berlaku sepanjang aku ber-orientasi dengan lecturer dekat msu. haritu upu tak dapat diterima masuk ke uitm jadi selepas berbincang dengan mak ayah, aku decide nak masuk msu college yang dulunya dikenali dengan ptpl. msu college tu dekat dengan rumah tu yang daftar situ. siapa yang masuk msu jugak? hehe kita geng. tapi aku ni hoobae (junior) lah. means kalau aku dah masuk class nanti, aku sorang jela kut. huhu berdebaq 😖

dekat msu college, aku amik course drg, means diploma rekabentuk grafik. yang melukis anime pastuh guna mesin apebenda tah namanya tu. huhu. so, amarilah kita ke hari orientasi pertama! (kalau ada member dari orientasi yang sedang membaca ni, maaflah kalau tersilap ke apa😅 sebab ada moment kita yang aku lupa)




bila dah jejakkan kaki kat msu college tu, aku berdebar nak gi naik atas. lagipun aku taktau orientasi tu dekat tingkat berapa mahupun berapa orang. yang aku kenal memula aina je. (kawan waktu taska) tengah tunggu dekat tangga tu, kebetulan kak hani lalu nak masuk ke admin office. AO tu dekat tingkat bawah je. kak hani nampak aku terus bawak aku ke library. kak hani masuk dulu ke library lepastu baru aku. aku tengok dari pintu masuk, bilik perbincangan dalam library tu ada aina. aku pun, "oh!" macam shocked lah.

lepas kak hani tinggalkan kitorang, aku pandang semua yang ada dalam bilik discussion tu. ada sorang lelaki cina, dua pompuan india dan tiga orang melayu pompuan termasuklah aku dalam bilik tu. projector pun dah terpasang tapi lecturer tak datang lagilah. aku lega sebab aku tak lambat sangat datang. kalau aku tak pandang kiri kanan masa dok dekat tangga, fuh alamatnya memang sampai ke sudahlah dok je dekat situ smpai malam 😂😂😂

lecturer pun dah datang so, kitorang pun macam biasa jawab salam, good evening and so on. lecturer yang masuk tu nama dia encik syukri. panggil encik syuk pun okey kut. aku panggil nama penuh je 😅 lepastu sesi kenalkan diri and kena berdirilah kan. kalau duduk tu tak hormat. bagi aku lah. macam-macamlah berlaku dalam sesi tu sampai tergelak-gelak tak berhenti. diorang semua jenis yang lebih kurang sama dengan aku. boleh masuk air lah 😂 aina pun asyik gelak je. dahlah comel. aduh XD

lepastu, kitorang diberi masa untuk kenal-kenal dalam sepuluh minit. darshini paling sporting bagi aku. tapi aku rasa yang lain pun rasa benda yang sama. first aku pandang dia, dalam hati aku, "wah cantik gak diorang ni en. aku rasa macam potato." hehe 😂😅 anis pun lawa gak. serius. semua manis-manis je muka. and, aku rasa memang alhamdulillah boleh kawan dengan diorang sebab hampir semua satu kepala; suka gelak-gelak.




day two, which semalam. hari khamis. ada dalam empat orang staff sokongan bagi taklimat mengenai serba sikit berkenaan msu college yang ada dekat kawasan yang aku duduk ni. maaflah sebab takleh bagitau detail duduk dekat mana. pasal lab komputer, library, pasal account sebab kitorang akan selalu pergi jumpa dengan puan yang jaga etc lah. nama president msu pun kena hafal 😂 semalam pun ada buat tour lah dekat mana itu, mana ini. still, sampai harini confuse jugaklah. yang aku tau, tandas ada di tingkat dua dan tiga 😂😂😂 

harini jumaat and the last day of orientation, we had fun today. fun means by me was like, asyik gelak-gelak sampai nak terkencing rasanya and kitorang asyik kena bahan dengan encik syukri😂😂 seriously aku rasa dah lama aku tak gelak macam tadi sejak form four. memang sampai tahap kau rasa perut kau sakit and berair-air mata. muka pun merah gak. aduhhaii camnelah aku nak fokus ni 😂 aku nak stop gelak tapi aina dengan anis masih gelak-gelak. yelah, bila tengok orang lain gelak sampai nak menangis tu mesti kita pun rasa nak gelak jugak kan? ha camtulah situasi nya. wahahah! 

alhamdulillah for this good experience. masa form one dulu mana pernah camni sebab waktu sekolah dulu kan kita takut takut dengan cikgu. aku pun tak rapat sangat dengan cikgu-cikgu sekolah dulu. cuma sorang jelah tu pun uztazah spbt. kenalah rapat sikit sebab aku dalam kelab spbt tu. nak kena tanya apa semua senang. 

anyway, i hope we will gonna be friends until jannah! include my bestfriends 😚💕




Labels:

design by Wanaseoby