my jpj test experience!
posted by Zakiah Akma March 29, 2018 0 comments
Assalamualaikum and 안녕하세요!


actually, there was something happened yesterday. yup, semalam aku baru lepas buat test jpj. pagi tu, aku siap senak perut plus rasa nak shi shi banyak kali. nervous punya pasal sampai tak tentu arah aku semalam HAHA. semalam pun, aku datang lambat tapi nasib aku baik sebab sesi 3 dulu yang buat test. sesi 1 kena duduk dalam dulu dengan sesi 2. aku pun sebenarnya pagi tu baru aku dapat tau aku sesi berapa lol. nombor giliran aku memang aku suka sangat! nombor fav aku! MUAHAHA. 

kalau korang nak tahu, aku ambik test ni dekat cheras. okey sambung balik cerita, aku sampai dekat blok c tu je dah ramai dekat dalam. aku nervous lah jugak en mana tahu aku punya sesi. lepas tu, pegawai jpj dalam tu suruh sesi berapa entah keluar. aku gelabah lah. and then, aku pusing belakang, terjumpa seorang budak pompuan ni. cantik weh ;) hehe. aku tegur lah dia and tanya ni sesi berapa. dia pun tak tahu. lepastu, aku tanya amoi yang dah duduk dekat luar. amoi tu cakap yang kat luar ni sesi 3. 

aku lega kejap. lepastu budak pompuan tadi yang aku tegur tu, dia tanya aku sesi berapa, aku cakaplah aku sesi 1. dia pun sesi 1 jugak. kitorang pun masuk jelah dalam bangunan blok c tu nak dengar ceramah dari pegawai jpj lain. 

lepas selesai ceramah pendek, dia suruh kitorang ambik nombor giliran masing-masing and isi borang. borang tu kena tulis nama, nombor ic, kelas apa (kalau manual D, kalau auto DA), nombor giliran dengan institut mana cth IMKEDA.

pegawai jpj tu cakap sesi 1 kena buat jalan raya dulu. aku dah telan liur. perut pun senak balik. aku pergi ke luar dan duduk kat bangku yang diorang dah sediakan. budak pompuan tu pulak dia duduk sebelah aku. kitorang berbual-buallah macam-macam perkara. nama dia bermula dari D. aku panggil dia D jelah eh kat sini. aku tak nak dedahkan nama sebenar dia. hehe. dia memang risau gila pasal test tu. aku dah lah tak boleh dengar orang lain nervous, aku pun ikut nervous jugak XD

akhirnya, nombor giliran aku disebut. aku telan liur dulu baru aku bangun. aku ambik borang tu dari akak yang jaga and terus pergi dekat kereta. okey, part nak masuk kereta tu lawak. sebelum ni, aku ada nampak pegawai jpj tu keluar dari kereta and he look like a chinese tau. jadi, aku tanpa usul periksa, aku cakap hello dekat pegawai tu HAHAHHAA. OMG I WAS REALLY EMBRASSED! aku tengok muka pegawai tu macam ketat je lepas aku cakap hello. aku nak minta maaf tapi dia macam senyap je. aura tegang pun terasa kau tau! aku buat RSM semua lepastu dia suruh jalan. okey, aku ikut jelah. dekat jalan raya pun aku tanya dia nak ikut jalan mana, dia kata jalan je dulu. OKEY. aku macam tak boleh relax tau. selama ni aku bawak boleh bersandar tapi dengan pegawai tu badan aku jadi tegak semacam HAHAHA. 

lepas jalan raya dah selesai, aku ucap terima kasih dekat pegawai tu. ada budak laki ni pulak nak buat test and aku cakap good luck kat dia. sebab sebelum ni pun ada budak pompuan sebelum aku, dia cakap good luck dekat aku. apa salahnya nak naikkan mood seseorang kan?

test jalan raya bahagian 3 dah buat, aku kena buat RPK dengan RSM dekat pondok. aku malas nak cerita panjang-panjang jadi aku pendekkan cerita. Lepas selesai buat RPK, aku duduk balik dekat pondok yang dekat dengan bukit. tunggu kereta auto sampai. yang banyak semalam kereta manual. so, kenalah tunggu dalam 10 minit macamtu. sepanjang test tu, aku tak tengok phone pun sebab nanti aku tak dengar nombor kena panggil and aku tak fokus. 

kereta auto pun dah sampai lepas aku dengan D tunggu. ada dua kereta auto sampai, aku pilih yang paling awal sampai, D pulak ambik yang sebelah aku. aku rasa litar aku paling yakin kalau nak dibandingkan dengan jalan raya. lepas buat sampai selekoh S, aku pergi balik dekat tempat bukit tadi. ada cikgu tu suruh aku pergi ke pondok D sebab aku punya borang kat sana. 

aku tak tau lah kenapa aku banyak sangat bertanya semalam. sorang-sorang aku tanya HAHA. lepastu kena marah. jap, salah ke aku bertanya en? kalau aku diam, orang cakap banyakkan bertanya. lol.

and then, lepas aku sign, aku kene pergi balik ke bangunan blok c. tunggu result test aku kat sana. aku siap keluarkan duit lagi nak beli sticker P. lepastu en, aku fikir balik, betul ke aku lulus? aku simpan balik duit tu dalam beg HAHA. tak lama lepastu, borang aku pun dah sampai kat situ and nombor aku disebut, aku pergilah ambik slip aku dengan lesen L aku. tetiba, cikgu tu tanya aku nak beli sticker P tak? aku terkejut kejap lepastu aku cakap bolehlah.

SAAT YANG PALING NANTIKAN! BALIKKKK!!

aku rasa happy gila sebab lulus kedua-dua ujian tu! rasa nak peluk seseorang tapi aku peluk diri aku je HAHA kesian. D pun lulus. lepastu, kitorang borak-borak kejap kat luar office. lepas dia balik, aku pun balik lah.

Kepada pegawai jpj yang test saya dekat jalan raya semalam, saya minta maaf sebab saya ingat encik chinese. Saya nak cakap tapi encik nampak marah je semalam jadi terbantut saya nak cakap hehe. Sekali lagi, maafkan anak muda ini dan terima kasih sebab luluskan saya heheee. 


Labels: