goes to #BCSILOVEYOU_JM's event for Park Jimin!
posted by Zakiah Akma November 08, 2018 0 comments
Assalamualaikum and 안녕하세요!




ni pun kawan aku yang tangkap and rekod


Seperti yang korang tengok video and gambar kat atas, aku dengan kawan aku pergi event ni pada 14 oktober, lepas birthday Jimin! kalau aku pergi 13 oktober pun, ramai gila wehh. ada seorang ARMY ni ada buat vlog pergi sini kat youtube, lepastu aku tengok ada event ni. memang penuh lah kat depan cafe tu. HAHA.  kalau korang nak tahu, event ni dekat the library coffee shop, nu sentral. sekarang, banyak event kpop macam ni buat dekat nu sentral (which i am really glad sebab dekat dengan kolej aku) and dekat avenue k.




kitorang berdua segan lagi hehe. kat sana nak buat kawan tapi ... semua berkelompok



tapi, experience pergi event macam ni seronok tapi duit terbang lah. dia punya event bukan dekat cafe biasa-biasa ha. mahal-mahal airnya. haritu aku beli choc chip slush pun harga dia rm14!! tapi berbaloi lah sebab sedap 😋 lepas dah beli air tu en, kitorang redeem cup sleeve holder gambar jimin dengan dua photocard free. organizer event tu kata dia akan bagi dua photocard free kepada 150 orang terawal. so, aku tengok resit aku, baru giliran ke 58. maknanya banyak lagilah tapi kat belakang aku pun ramai lagi. and, organizer tu pun ada jual badge dengan gambar-gambar bts (individual). aku nak beli tapi mahal lah. so, aku beli badge dua je. satu tulis epiphany and satu lagi trivia: love.

lepas beli, kitorang decide nak masuk dalam. aku fikir kedai tu takde tempat tangkap gambar lagi tau. rupa-rupanya (lepas tengok vlog ARMY tadi) ada!!!! kat belakang weh. macam mana aku tak perasan siot je AHAHHAHA. tapi, aku dengan kawan aku ni punyalah segan nak buat apa-apa kat cafe tu, kitorang duduk situ, lepastu ada yang bagi sticker free dgn jual photocard. dalam beberapa minit lepastu, kitorang balik. bukannya balik pun, nak makan. laparrrr.

kitorang bungkus kfc and makan dekat depan kolej aku. kolej aku hari sabtu dengan ahad ada kelas untuk ftw. lepastu jumpalah dengan budak-budak kolej aku. kawan aku ni sama sekolah dengan diorang jugak so bertegur sapalah.

lepastu, kitorang rancang nak pergi times square 😅😂😂💦
sebab nak singgah kedai kpop tu.

bila dah sampai, aku usha dulu barang. bila aku round, round, round kedai tu. rasa macam tak nak beli😂 semua mahalllllll. aku ni bukannya bergaji pun alahai. tapi yang menarik minat aku lanyard dengan baju. lanyard jelah aku mampu beli, so rm10 melayang~ 🎵🎶

walau apapun, aku rasa gembiralah dapat rasa macam mana pergi event semua tu. kawan aku pun happy je dapat tiga case phone (beli dua dapat free satu) pfffft. aku pun happy lah juga dapat satu lanyard + makan kfc 😅

sekian, itu sahaja dari saya.



Labels: